Thursday, November 20, 2008

Teringat

Dalam beberapa bulan ini sukar untuk aku terima bahawa nenek aku telah pun meninggalkan kami semua. Setiap kali berkumpul macam ada sesuatu yang tidak lengkap dan sukar hendak dijelaskan. Sememangnya aku antara paling rapat dgn nenek atau yang selalu dipanggil "wan". Kiranya waktu study dulu aku selalu balik kampung dan wan pun selalu ke rumah mak cik aku di Putrajaya yang pada masa yang aku pun menumpang di sana. Setiap kali wan ke sana aku pasti akan carikan dia Coffee Mate favourite dia dan hampir setiap kali begitu. Dia sememangnya tidak pernah mengaduh sakit...nak jumpa dia demam pun susah. Dia ini juga boleh dikatakan aktif dan kuat berjalan..mana ada tempat menarik semua dia pergi; Kelantan, Terengganu, dan boleh kata seluruh semenanjung Malaysia, tak kira la naik bas ker..kereta dan sebagainya.

Namun, langit tak selalu cerah. Wan aku jatuh sakit selepas hari pertama pernikahan aku dengan isteri tersayang. Kami sangkakan ianya sakit biasa...malangnya wan terlantar di hospital buat beberapa minggu dan disahkan menghidap kanser usus dan kerosakan hati. Pada masa dia terlantar, sedih aku melihatnya kerana pada zahirnya dulu dia seorang yang sihat..namun pada hari itu sebutir nasi pun tak dapat dijamah kerana ususnya yang makin rosak dan membengkak. Pelbagai cara baik tradisional atau moden telah pun diusahakan, namun dia sempat sihat hanya kurang sebulan. Seminggu sebelum beliau meninggal, aku sempat pulang dari Shah Alam ke Kuala Pilah dalam waktu kerja setelah mendapat panggilan dari pak cik yang mengatakan wan semakin teruk.

Tak sangka ajalnya makin hampir setelah dikatakan peluangnya untuk hidup semakin tipis. Pada 14 Ramadhan yang lepas wan yang ku sayangi telah meninggalkan kami semua dengan ingatan kasih sayang yang diberikan tak kan padam sampai bila-bila......

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Eshah binti Muda...


2 comments:

nad said...

kenangan terindah bersama wan x akan luput dr ingatanku...dia membuat ku rasa selesa berada di dlm family hubbyku...dia sambut kedtganku dlm family ini dgn penuh ksh syg...walau hanya seketika aku bersamanya, ksh sygnya msh terasa sehingga kini...buat hubbyku tabahkan hati..aku tau hati mu cukup berduka dgn kehilangan INSAN ini...semoga wan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..AL-Fatihah

mr.snazlan said...

Thanks b...