Monday, November 24, 2008

Jugra Pt.02

Bahagian kedua kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mendaki Bukit Jugra yang pastinya indah dan track yang kami lalui agak mencabar. Pada asalnya kami bercadang untuk mendaki pada hari pertama di sebelah malam antara pukul 10pm-12pm tetapi disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan niat itu. Pada hari kedua, semua pelajar nampaknya sudah bersedia untuk merentas bukit tersebut. Sessi merenggangkan otot diketua oleh pelajar-pelajar PJK sebagai persediaan memanaskan badan. Trek yang bakal kami lalui agak mencabar dan beberapa pit stop perlu dilalui bagi menjawap soalan yang telah disediakan (kiranya ala-ala amazing race). Secara peribadi, dengan aktiviti-aktiviti begini dapat membuka mata pelajar-pelajar supaya jangan cepat berasa selesa dengan keadaan sekeliling kita, kerana cabaran pastinya semakin hebat untuk ditempuhi....

No comments: