Monday, November 24, 2008

Jugra Pt.03

Bahagian ketiga saya ingin berkongsi pengalaman berada di Istana Alaeddin (Istana Bandar) yang mengandungi banyak artifak sejarah yang perlu dipelihara. Istana Bandar ini telah dibina oleh Sultan Alaeddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor kelima pada tahun 1905. Antaranya paling menarik adalah rekabentuk pengaruh seni bina Cina pada istana yang sangat dominan. Unik yang ada pada istana ini adalah ketahanan bahan seni bina yang masih kekal sehingga kini seperti contoh marmar hijau yang berasal dari China.

Pada asalnya memang agak menegakkan bulu roma apabila baru masuk dipintu belakang istana. Satu perasaan yang agak aneh namun saya serta rakan-rakan yang membatukan diri dan meneruskan melawati setiap sudut dan ruang di istana. Kebetulan salah seorang sahabat kami adalah orang tempatan di situ yang biasa melawati istana tersebut, jadi rasa takut dan gementar itu dapat dikurangkan sedikit. Sebenarnya ini bukanlah salah satu monumen yang tinggal terdapat banyak lagi di luar sana, cuma yang menjadi persoalan apakah cara dan tindakan untuk memelihara serta memuliharanya? Memang agak sayang apabila dilihat sejarah peninggalan dibiarkan begitu sahaja tanpa penjagaan yang sempurna. Mungkin adalah satu dalam seribu yang kita boleh jadikan rujukan di mana asal usul kita di bumi bertuah ini...

Istana ini pernah dijadikan lokasi Filem Pontianak Harum Sundal Malam seperti yang diberitahu kepada saya.

Ini adalah pintu belakang istana yang menghadap sebuah padang.

Motif yang membawa pengaruhi seni bina Cina.

Dikatakan ini adalah tempat dayang-dayang bermandi-manda.

Tungku memasak yang digunakan untuk menyediakan santapan di raja.

Marmar yang dibawa dari negeri China yang masih kekal dan bersinar.

Juga dikatakan bahagian ini adalah pusat pemerintahan baginda sultan.

No comments: