Monday, November 24, 2008

Jugra Pt.01

Actually, ini adalah gambar 6 bulan lepas setelah beberapa minggu aku di UITM. Oleh itu hendak dipendekkan cerita jabatan kami merancang mengadakan kem pemantapan kendiri di Kem Bukit Jugra, Banting Selangor. Rasanya tempat ini memang familiar bila nak tengok anak bulan menentukan hari raya aidilfitri atau aidiladha. Kem Bukit Jugra ini juga merupakan salah satu kem yang boleh dianggap terbaik dari segi fasilitinya, tempat riadah, dan sebagainya. Yang paling menarik ia adalah Pusat Pemerintahan Kerabat Di Raja Selangor yang dimiliki oleh Sultan Alueddin (Sultan Ke-4 Selangor). Di sekitar Kem Bukit Jugra ini terdapat tapak istana lama, makan di raja, bekas tempat ternakan rusa dan sebagainya. Boleh dikatakan perkhemahan pelajar kali di samping memantapkan jatidiri ianya ditambah dengan pengetahuan tentang sejarah melayu lama yang mungkin kita sendiri tidak sedarinya.

Oleh itu, kami dari shah alam bertolak selepas solat jumaat dan jumlah pelajar yang mengikuti program tersebut hampir 90 orang termasuk pensyarah pengiring. Program 3 hari 2 malam di kem Bukit Jugra bakal ditempuhi pelajar-pelajar dan pastinya aktiviti-aktiviti yang disediakan mencabar mental dan fizikal sebagai satu persediaan sebagai pelajar yang lebih jitu dari aspek kendirinya. Sesudah sampai pelajar-pelajar diberikan taklimat akhir dan rangka tentatif program yang bakal berlangsung. Maka untuk itu beberapa gambar kenangan di Bukit Jugra saya sediakan sebagai tatapan atau kenangan bersama pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah. Ini membuktikan hubungan baik sebegini dapat membantu pelajar-pelajar yakin dalam menempuh sessi pembelajaran dan pengajaran di kampus.


No comments: