Tuesday, April 21, 2009

Sejarah Fotografi

Kali ini adalah artikel tentang perkembangan seni fotografi yang dianggap sebagai media penting sam aada dalam bidang pendidikan atau komersial.
  • *Kamera Mammoth - 1900
    Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak boleh berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu amat penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila senifoto telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia senifoto. Senifoto tradisional masih dibenarkan berkembang bersama dengan perkembangan ledakan teknologi ICT. Senifoto tidak dapat dipisahkan dengan tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah dapat diterima dengan meluas namun senifoto menggunakan filem masih ada tempat dikalangan pengamal senifoto. Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potrek sekitar abad 17 dan 18.Justeru itu mereka telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam imej. Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar diatas). Kamera ini amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya. Abscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital.
  • Kamera jenama Kodak
    Diawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens Reflex). Walaubagaimanapun harganya mesih mahal dan tidak semua orang mampu memilikinya namun terdapat kamera digital yang menyerupai SLR boleh dibeli dengan harga agak murah.

No comments: