Monday, April 20, 2009

MU wake up...

Semalam rasa frust jugak bila tengok favourite team Manchester United kalah penalti kepada Everton 4-2 di Wembley Stadium penentuan Final FA Cup. Rata-rata pemain-pemain yang diturunkan adalah pilihan kedua dalam pasukan. Jentera serangan yang tumpul aku rasa menyebabkan banyak peluang terbuang bergitu sahaja. Walaupun pemain muda iaitu Welback membuka banyak hantaran namun finishing terlalu lemah dan menghampakan. Ketiadaan Rooney, Ronaldo, dan pemain lain mengurangkan sengat MU malam tadi, kemungkinan juga ini adalah strategi Fergie untuk merehatkan mereka bagi pusingan separuh akhir UEFA menentang Arsenal nanti. Asakan 90 minit di atas padang Wembley melihat kemampuan dua pasukan yang setara dan kelebihan kepada MU kerana peluang yang dicipta gagal disempurnakan. Macheda tampak kurang menyerlah mungkin kerana pengalaman tetapi sekurang-kurang ini menunjukkan prestasi yang baik pada 2 perlawanan yang sudah. Permainan 90 minit ditambah 30 minit masa tambahan tidak cukup dan membawakan kepada penentuan penalti. Sedikit rasa kesal apabila tendangan penalti Berbatov seakan-akan lemah dan mudah ditampan oleh penjaga gol Everton, malang seterusnya disusuli kegagalan Ferdinand memalapkan peluang MU mencipta peluang kejuaraan lima gelaran. Daripada analisis yang aku buat untuk beberapa perlawanan MU yang terkemudian, perlu ada kesedaran dan semangat yang kuat untuk MU terus mencipta nama dan gelaran. United pastinya perlukan ketajaman skil dan minda dari jentera serangan serta kekentalan barisan pertahanan untuk memastikan MU terus berkuasa. Walau apa pun MU perlu terus berjuang untuk memastikan UEFA dan EPL berada ditangan mereka. Walaupun kecewa dengan kekalahan semalam...aku percaya MU akan bangkit...GLORY MU GLORY....I Believe The Man, But I Don't Believe Devil Inside The Man.......

No comments: