Thursday, April 16, 2009

Artwork Sold

Bulan Mac lepas aku baru saja menyertai Pameran Seni Sepanjang Zaman IV di Galeri Shah Alam, Selangor. Ianya adalah sebahagian daripada agenda calender program ED222 di fakulti kami. Boleh dikatakan ianya adalah pameran ke-empat kami yang hasil kerjanya dihasilkan oleh pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah ED222.

Majlis Perasmian telah dihadiri oleh Dato' VC UiTM, VVIP, dekan-dekan, pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar, dan ramai lagi. Pameran ini berlangsung dengan meriah dengan kerjasama pelajar-pelajar yang banyak membantu. Ini juga adalah kali pertama aku menyertai pameran terbuka dan terbesar ini selain daripada menyertai pameran kecil sewaktu belajar dahulu. Sebagai langkah permulaan, inilah masanya untuk mempamerkan koleksi fotografi yang telah aku simpan selama 5 tahun bereksperimentasi dan menimba pengalaman melaluinya. Akhirnya, penampilan pertama aku membuahkan hasil setelah 3 artwork terjual pada hari pertama. Tiga artwork tersebut adalah hasil yang diambil daripada lawatan ke Sabah yang lepas dengan siri pemandangan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah.

Secara tidak langsung ini memberikan aku semangat untuk terus berkarya dan mendalami bidang fotografi ini. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memastikan hasil kerja yang lebih baik dari masa ke masa. Dahulu aku agak kurang berkeyakinan untuk mempamerkan hasil tersebut, namun sekarang aku yakin ini adalah platform terbaik untuk menyerlahkan bakat aku di bidang ini....wish me best of luck....

2 comments:

Gina said...

all the best, Syam

misscrab83 said...

gud luck en syam...