Saturday, February 21, 2009

De'Langkawi

Last week, saya dan pelajar-pelajar telah pun mengadakan satu program lawatan bagi projek akhir semester di Langkawi. Apa yang perlu dilakukan ialah pelajar-pelajar perlu membina satu bentuk video pengajaran berteraskan sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Pengalaman bersama pelajar-pelajar dalam melakukan dokumentasi tersebut sesungguhnya menyeronokkan dan menarik. Tambahan, Langkawi merupakan lokasi dan destinasi pelancongan yang cukup menyeronokkan.

Walaupun tugasan yang diberikan agak berat dari aspek penyediaan serta persiapan tetapi kami tetap enjoy dan menikmati Langkawi selama 4 hari 3 malam di sana. Pelbagai pengalaman yang ditempuhi tetapi itu semua adalah untuk mematangkan pelajar-pelajar serta saya. Namun sebelum terus menuju ke Langkawi kami singgah sebentar ke Kampung Sayong Kuala Kangsar untuk melihat secara dekat pembuatan labu sayong tradisional. Beberapa jam diperuntukan untuk kami menghabiskan masa yang menimba ilmu serta cerita yang dialami oleh kalangan mereka yang mempunyai minat dan seni yang mendalam terhadap pembuatan sayong di Malaysia.

Pengalaman seterusnya bermula dari Kuala Perlis menaiki feri ke Langkawi seterusnya bermalam di pekan Kuah. Lawatan disusuli dengan Makam Mahsuri, Oriental Village, Dataran Lang, Kompleks Kraf dan Budaya, Galeria Perdana, Pantai Chenang, Nusantara Gamat, dan pelbagai tempat menarik. Apa yang saya ketahui itu hanya 1/3 daripada bahagian yang dilawati selama 4 hari tersebut.

Perjalanan pulang menaiki feri seawal 8.30 pagi menuju ke Kuala Perlis seterusnya Ke Muzium Padi yang terletak di Kedah. Muzium yang terletak di tengah-tengah bendang dan dihadapannya Gunung Kerian sememangnya menarik perhatian saya. Setelah selesai pengambaran di lokasi tersebut dan kami pun bertolak pulang ke Shah Alam dan sampai pada 12.30 tengahmalam. Untuk melihat gambaran sorotan lawatan boleh klik pada:
www.flickr.com/photos/mrsnazlan

No comments: