Monday, December 15, 2008

Utara Selatan 1

Di bahagian pertama, pengalaman dan perjalanan dari utara ke selatan selama 5 hari 4 malam, 1480 kilometer, 15 jam perjalanan dari KL-Penang-JB cukup memenatkan dan meletihkan. Dengan cuaca panas dan hujan benar-benar mencabar tugasan aku kali ini. Tugasan yang pertama perlu aku selesaikan ialah sebagai jurufoto rasmi perkahwinan kawan baik aku di Kamunting, Taiping Perak. Walaupun terdapat pelbagai kesulitan untuk ke sana kerana atas dasar janji dan setiakawan segalanya dapat diatasi. Pengalaman 3 hari di Taiping sememangnya tugas yang mencabar, perjalanan juga mengambil kira beberapa lokasi seperti Kuala Kangsar, Parit melengkapkan penjelajahan aku di setiap pelusuk daerah di negeri Perak. Kebanyakan lokasi tugasan biasanya di Perak, KENAPA? itu aku pun tidak pasti. Tetapi di Perak memang terdapat banyak tempat yang menarik.

Tugasan kali dijadualkan sangat ketat dengan pelbagai aturcara baik dari akad nikah, majlis persandingan, acara potong kek hinggalah kepada membuka hadiah. Walaupun penat tetapi aku dapat belajar seni dan budaya mereka pada masa yang sama berkongsi cerita dan ini membuatkan kita lebih berpengetahuan dan pengalaman. Biasanya perkara-perkara begini yang sukar untuk diceritakan hanya pengalaman dapat mengambarkan situasi tersebut. Setiap negeri dan entiti masyarakat mempunyai pengaruh adat resam dan pegangan yang walaupun berbeza tetapi motif dan objektifnya tetap sama. Adakala aku perhatikan kemaufakatan, kerjasama, budaya gotong-royong begitu kuat dikalangan penduduk kampung. Mereka bagai jemaah-jemaah yang berdiri di barisan saf yang menuju satu tujuan yang sama.

No comments: