Thursday, April 16, 2009

Artwork Sold

Bulan Mac lepas aku baru saja menyertai Pameran Seni Sepanjang Zaman IV di Galeri Shah Alam, Selangor. Ianya adalah sebahagian daripada agenda calender program ED222 di fakulti kami. Boleh dikatakan ianya adalah pameran ke-empat kami yang hasil kerjanya dihasilkan oleh pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah ED222.

Majlis Perasmian telah dihadiri oleh Dato' VC UiTM, VVIP, dekan-dekan, pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar, dan ramai lagi. Pameran ini berlangsung dengan meriah dengan kerjasama pelajar-pelajar yang banyak membantu. Ini juga adalah kali pertama aku menyertai pameran terbuka dan terbesar ini selain daripada menyertai pameran kecil sewaktu belajar dahulu. Sebagai langkah permulaan, inilah masanya untuk mempamerkan koleksi fotografi yang telah aku simpan selama 5 tahun bereksperimentasi dan menimba pengalaman melaluinya. Akhirnya, penampilan pertama aku membuahkan hasil setelah 3 artwork terjual pada hari pertama. Tiga artwork tersebut adalah hasil yang diambil daripada lawatan ke Sabah yang lepas dengan siri pemandangan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah.

Secara tidak langsung ini memberikan aku semangat untuk terus berkarya dan mendalami bidang fotografi ini. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memastikan hasil kerja yang lebih baik dari masa ke masa. Dahulu aku agak kurang berkeyakinan untuk mempamerkan hasil tersebut, namun sekarang aku yakin ini adalah platform terbaik untuk menyerlahkan bakat aku di bidang ini....wish me best of luck....

Wednesday, April 15, 2009

Say Hai...

Dah lama aku tak update blog ni semenjak pulang dari Langkawi dan Sabah yang lepas. Jadual harian yang padat dan sibuk dgn kerja yang ada sampai tak sempat utk ambil peluang updated cerita terkini aku. Sekarang ini kebanyakan gambar dan eksperimen fotografi selalunya di update melalui flickr. Insya allah dalam minggu yg agak lapang ini adalah beberapa perkara yang dapat dikongsi bersama....enjoice.

Saturday, February 21, 2009

De'Langkawi

Last week, saya dan pelajar-pelajar telah pun mengadakan satu program lawatan bagi projek akhir semester di Langkawi. Apa yang perlu dilakukan ialah pelajar-pelajar perlu membina satu bentuk video pengajaran berteraskan sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Pengalaman bersama pelajar-pelajar dalam melakukan dokumentasi tersebut sesungguhnya menyeronokkan dan menarik. Tambahan, Langkawi merupakan lokasi dan destinasi pelancongan yang cukup menyeronokkan.

Walaupun tugasan yang diberikan agak berat dari aspek penyediaan serta persiapan tetapi kami tetap enjoy dan menikmati Langkawi selama 4 hari 3 malam di sana. Pelbagai pengalaman yang ditempuhi tetapi itu semua adalah untuk mematangkan pelajar-pelajar serta saya. Namun sebelum terus menuju ke Langkawi kami singgah sebentar ke Kampung Sayong Kuala Kangsar untuk melihat secara dekat pembuatan labu sayong tradisional. Beberapa jam diperuntukan untuk kami menghabiskan masa yang menimba ilmu serta cerita yang dialami oleh kalangan mereka yang mempunyai minat dan seni yang mendalam terhadap pembuatan sayong di Malaysia.

Pengalaman seterusnya bermula dari Kuala Perlis menaiki feri ke Langkawi seterusnya bermalam di pekan Kuah. Lawatan disusuli dengan Makam Mahsuri, Oriental Village, Dataran Lang, Kompleks Kraf dan Budaya, Galeria Perdana, Pantai Chenang, Nusantara Gamat, dan pelbagai tempat menarik. Apa yang saya ketahui itu hanya 1/3 daripada bahagian yang dilawati selama 4 hari tersebut.

Perjalanan pulang menaiki feri seawal 8.30 pagi menuju ke Kuala Perlis seterusnya Ke Muzium Padi yang terletak di Kedah. Muzium yang terletak di tengah-tengah bendang dan dihadapannya Gunung Kerian sememangnya menarik perhatian saya. Setelah selesai pengambaran di lokasi tersebut dan kami pun bertolak pulang ke Shah Alam dan sampai pada 12.30 tengahmalam. Untuk melihat gambaran sorotan lawatan boleh klik pada:
www.flickr.com/photos/mrsnazlan

Tuesday, February 3, 2009

Just Read It

Untuk apa anda membayar jurugambar?
Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin -Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
  1. Kos Peralatan Kamera Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
  2. Kemahiran Jurugambar Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
  3. Masa Perkhidmatan Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
  4. Perkhidmatan Selepas Rakaman Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
  5. Kos material selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Monday, February 2, 2009

Xcess thru Flickr

Untuk makluman, xcess thru flickr telah pun saya senaraikan dalam blog ini. Bagi mereka yang ingin melihat dan memberi komen membina boleh terus klik pada hyperlink tersebut. Tujuan flickr in adalah untuk berkongsi gambar dan pengalaman. Kebanyakan artwork photography akan dimuat turun dalam flickr secara berperingkat-peringkat.

url: http://www.flickr.com/photos/mrsnazlan

enjoice....

Monday, January 19, 2009

IID 2009

The Gold Medal in Invention, Innovation & Design (IID 2009) is a good start in the early 2009. Represented faculty to the IID 2009 with 5 Gold Medal, 5 Silver Medal, The Best Poster and The Best Booth Display in the good achievement belongs to our faculty and especially art & design education department. Congratulation to all and also thanks to Jack.

Tuesday, January 6, 2009

HDR

Actually this my first time played with HDR effect, for this experimental i was used 2 different F stop exposure to create the HDR. Based on my review and reading it was better if you 6 or more (maybe less than..) images with a different number of exposure to get the impact of HDR (Underexposure to Overexposure). But again, i just to tried the effectiveness Photomatix Pro 3 when it used to make the HDR effect. Hence, that software didn't dissapointed me because it showed the potential in creating a good effect.

Colour Version

B/W Version

This maybe not the hardcore of HDR, still need more practice and research on how to produce a better one. Maybe after i will post more images by using HDR effect soon. GOOD LUCK for me and for you!