Monday, November 24, 2008

White Studio

Ini adalah D.I.Y White Studio saya bersama beberapa pelajar. Segala setting saya buat sendiri dengan berbekalkan kain putih sebagai latar, 2 set tungsten, 4 flashgun, tripod montfroto, DSLR dan juga beberapa alat membantu menjayakan sessi kali ini. Untuk kali saya banyak buat review and study mengenai lighting secara praktikal. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari untuk menghasil artwork yang berkualiti dan terbaik.



Jugra Pt.03

Bahagian ketiga saya ingin berkongsi pengalaman berada di Istana Alaeddin (Istana Bandar) yang mengandungi banyak artifak sejarah yang perlu dipelihara. Istana Bandar ini telah dibina oleh Sultan Alaeddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor kelima pada tahun 1905. Antaranya paling menarik adalah rekabentuk pengaruh seni bina Cina pada istana yang sangat dominan. Unik yang ada pada istana ini adalah ketahanan bahan seni bina yang masih kekal sehingga kini seperti contoh marmar hijau yang berasal dari China.

Pada asalnya memang agak menegakkan bulu roma apabila baru masuk dipintu belakang istana. Satu perasaan yang agak aneh namun saya serta rakan-rakan yang membatukan diri dan meneruskan melawati setiap sudut dan ruang di istana. Kebetulan salah seorang sahabat kami adalah orang tempatan di situ yang biasa melawati istana tersebut, jadi rasa takut dan gementar itu dapat dikurangkan sedikit. Sebenarnya ini bukanlah salah satu monumen yang tinggal terdapat banyak lagi di luar sana, cuma yang menjadi persoalan apakah cara dan tindakan untuk memelihara serta memuliharanya? Memang agak sayang apabila dilihat sejarah peninggalan dibiarkan begitu sahaja tanpa penjagaan yang sempurna. Mungkin adalah satu dalam seribu yang kita boleh jadikan rujukan di mana asal usul kita di bumi bertuah ini...

Istana ini pernah dijadikan lokasi Filem Pontianak Harum Sundal Malam seperti yang diberitahu kepada saya.

Ini adalah pintu belakang istana yang menghadap sebuah padang.

Motif yang membawa pengaruhi seni bina Cina.

Dikatakan ini adalah tempat dayang-dayang bermandi-manda.

Tungku memasak yang digunakan untuk menyediakan santapan di raja.

Marmar yang dibawa dari negeri China yang masih kekal dan bersinar.

Juga dikatakan bahagian ini adalah pusat pemerintahan baginda sultan.

Jugra Pt.02

Bahagian kedua kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mendaki Bukit Jugra yang pastinya indah dan track yang kami lalui agak mencabar. Pada asalnya kami bercadang untuk mendaki pada hari pertama di sebelah malam antara pukul 10pm-12pm tetapi disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan niat itu. Pada hari kedua, semua pelajar nampaknya sudah bersedia untuk merentas bukit tersebut. Sessi merenggangkan otot diketua oleh pelajar-pelajar PJK sebagai persediaan memanaskan badan. Trek yang bakal kami lalui agak mencabar dan beberapa pit stop perlu dilalui bagi menjawap soalan yang telah disediakan (kiranya ala-ala amazing race). Secara peribadi, dengan aktiviti-aktiviti begini dapat membuka mata pelajar-pelajar supaya jangan cepat berasa selesa dengan keadaan sekeliling kita, kerana cabaran pastinya semakin hebat untuk ditempuhi....

Jugra Pt.01

Actually, ini adalah gambar 6 bulan lepas setelah beberapa minggu aku di UITM. Oleh itu hendak dipendekkan cerita jabatan kami merancang mengadakan kem pemantapan kendiri di Kem Bukit Jugra, Banting Selangor. Rasanya tempat ini memang familiar bila nak tengok anak bulan menentukan hari raya aidilfitri atau aidiladha. Kem Bukit Jugra ini juga merupakan salah satu kem yang boleh dianggap terbaik dari segi fasilitinya, tempat riadah, dan sebagainya. Yang paling menarik ia adalah Pusat Pemerintahan Kerabat Di Raja Selangor yang dimiliki oleh Sultan Alueddin (Sultan Ke-4 Selangor). Di sekitar Kem Bukit Jugra ini terdapat tapak istana lama, makan di raja, bekas tempat ternakan rusa dan sebagainya. Boleh dikatakan perkhemahan pelajar kali di samping memantapkan jatidiri ianya ditambah dengan pengetahuan tentang sejarah melayu lama yang mungkin kita sendiri tidak sedarinya.

Oleh itu, kami dari shah alam bertolak selepas solat jumaat dan jumlah pelajar yang mengikuti program tersebut hampir 90 orang termasuk pensyarah pengiring. Program 3 hari 2 malam di kem Bukit Jugra bakal ditempuhi pelajar-pelajar dan pastinya aktiviti-aktiviti yang disediakan mencabar mental dan fizikal sebagai satu persediaan sebagai pelajar yang lebih jitu dari aspek kendirinya. Sesudah sampai pelajar-pelajar diberikan taklimat akhir dan rangka tentatif program yang bakal berlangsung. Maka untuk itu beberapa gambar kenangan di Bukit Jugra saya sediakan sebagai tatapan atau kenangan bersama pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah. Ini membuktikan hubungan baik sebegini dapat membantu pelajar-pelajar yakin dalam menempuh sessi pembelajaran dan pengajaran di kampus.


Sunday, November 23, 2008

Busy

This weekend, kami memang tak kemana-mana pun. Then, new furnish pun baru sampai jadi sibuk la mengemas rumah, touch here and there. Bila ada furnish ni baru lah ada semangat hendak gantung itu ini, setup everything nak bagi rumah berseri skit hehehe...for a time being kami baru completekan furnish untuk dinning room dan untuk hall next coming. Ingat lagi waktu lepas kahwin kami cuma beli barang-barang utama mcm TV Plasma, freezer, washing machine and etc. Walaubagaimanpun...i'm slowly beli skit-skit supaya bila sampai masa semua dah ada.

Minggu ini pun, nad sibuk menanda final paper yang berbundle-bundle kat rumah. Jadi minggu ini aku jadi weekend chef, kesian sangat kat nad yang sibuk sangat nak siapkan menanda sebelum dateline. Aku ini masak takder lah pandai sangat...nak bagi kenyang perut tu boleh la...hehehe..ada good news...tapi tungggguuuuuuuuuuu.....

P/S: My husband msk nasi goreng sodaapppppppppp...nyummy....nyummmy...thanks b'coz memahami...lain kali msk lg hehehhehehe kui kui.....

Thursday, November 20, 2008

Mekar Carnival 08

This our yearly event called as Mekar Carnival 2008 where is our among the glamorous and active department at all. For this event our department were sold painting, rock painting, illustration, henna tattoo and others. In my contribution towards this event is to open the white studio photography. Glad to hear that the 1st time trail to open the studio, we got a good number of income..and we should try it next year...hehehe..enjoice!

Outdoor Photo Sr.01

Here the several collections for outdoor photography and i will update more soon....