Tuesday, April 21, 2009
Depth of Field
Lensa
Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air. Jenis - Jenis Lens:Berikut ialah jenis-jenis lens.
- Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam ketogeri ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide. Berikut ialah jenis Lens Wide Angle seperti 16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm. Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.
- Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.
- Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar. Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm
- Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.Contoh: 55mm, 105mm, 200mm. Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.
- Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens. Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.
Mengenali Kamera
Untuk menghasilkan kerja-kerja senifoto yang baik, peralatan berikut diperlukan.
- Kamera dan peralatan tambahan
- Cahaya
- Bakat
Pada peringkat awal perkembangan kamera, jenis-jenis berikut telah diperkenalkan.
i.Ukuran Separuh:
Kamera jenis ini boleh merakam gambar sebanyak dua kali ganda dari jumlah filem. Setiap exposer filem hanya separuh digunakan. Jika filem yang digunakan 36 exposer anda akan perolehi sebanyak 72 exposer. Kamera jenis ini tiada lagi di pasaran.
ii. Ukuran Leica:
Kamera jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk negatif 24x56 mm. Shutter kamera jenis ini dibentuk dalam dua jenis; Shutter Lens dan Shutter Focal Plane.
Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR)
iii. Ukuran 6x6:
Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat dalam jenis Rengfinder Shutter Lens , Single Lens Reflex. Dalam kamera seumpama ini yang menggunakan jenis Twin Lens Reflex (TLR). Terdapat dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex (TLR) dan Single Lens Reflex (SLR). TLR ialah kamera dua lens yang mempunyai peranan masing-masing. Lens yang dibawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lens di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder. SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu Lens dan satu cermin pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.
Sejarah Fotografi
- *Kamera Mammoth - 1900
Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak boleh berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu amat penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila senifoto telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia senifoto. Senifoto tradisional masih dibenarkan berkembang bersama dengan perkembangan ledakan teknologi ICT. Senifoto tidak dapat dipisahkan dengan tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah dapat diterima dengan meluas namun senifoto menggunakan filem masih ada tempat dikalangan pengamal senifoto. Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potrek sekitar abad 17 dan 18.Justeru itu mereka telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam imej. Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar diatas). Kamera ini amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya. Abscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital.
- Kamera jenama Kodak
Diawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens Reflex). Walaubagaimanapun harganya mesih mahal dan tidak semua orang mampu memilikinya namun terdapat kamera digital yang menyerupai SLR boleh dibeli dengan harga agak murah.
Monday, April 20, 2009
MU wake up...
Friday, April 17, 2009
DIY White Studio
- Material : White Foam, Glue, Paint Spray and Cutter.
- Procedure: 2 Speedlite, 2 Tripod, DSLR, 17-50mm f2.8, 50mm f1.8, diffuser, and product
- Product: Still product (example; soft drink, figure, accessories, etc
- Darkroom: Adobe Photoshop CS 3 (Minor colour correction)
Thursday, April 16, 2009
Artwork Sold
Majlis Perasmian telah dihadiri oleh Dato' VC UiTM, VVIP, dekan-dekan, pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar, dan ramai lagi. Pameran ini berlangsung dengan meriah dengan kerjasama pelajar-pelajar yang banyak membantu. Ini juga adalah kali pertama aku menyertai pameran terbuka dan terbesar ini selain daripada menyertai pameran kecil sewaktu belajar dahulu. Sebagai langkah permulaan, inilah masanya untuk mempamerkan koleksi fotografi yang telah aku simpan selama 5 tahun bereksperimentasi dan menimba pengalaman melaluinya. Akhirnya, penampilan pertama aku membuahkan hasil setelah 3 artwork terjual pada hari pertama. Tiga artwork tersebut adalah hasil yang diambil daripada lawatan ke Sabah yang lepas dengan siri pemandangan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah.
Secara tidak langsung ini memberikan aku semangat untuk terus berkarya dan mendalami bidang fotografi ini. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memastikan hasil kerja yang lebih baik dari masa ke masa. Dahulu aku agak kurang berkeyakinan untuk mempamerkan hasil tersebut, namun sekarang aku yakin ini adalah platform terbaik untuk menyerlahkan bakat aku di bidang ini....wish me best of luck....