Tuesday, April 21, 2009

Depth of Field

Aperture berfungsi untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Untuk mendapatkan gambar yang tajam (Sharp), gunakan Aperture yang kecil agar Depth Of Field menjadi tajam. Depth Of Field ialah keadaan gambar Out Focus atau In Focus. Jika mahukan gambar yang kabur dibahagian latarbelakang, gunakan Aperture yang sederhana. Keadaan gambar akan menimbulkan kabur dibahagian latarbelakang. Namun penggunaan jenis lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang dimaksudkan ialah Micro, atau Telephoto. Penggunaan Aperture juga boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High Contras. Ketika menggunakan flash sila pastikan penggunaan Aperture yang betul agar gambar yang anda rakam tidak over atau under exposes.

Lensa

Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air. Jenis - Jenis Lens:Berikut ialah jenis-jenis lens.

  • Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam ketogeri ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide. Berikut ialah jenis Lens Wide Angle seperti 16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm. Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.
  • Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.
  • Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar. Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm
  • Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.Contoh: 55mm, 105mm, 200mm. Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.
  • Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens. Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.

Mengenali Kamera

Untuk menghasilkan kerja-kerja senifoto yang baik, peralatan berikut diperlukan.

  1. Kamera dan peralatan tambahan
  2. Cahaya
  3. Bakat

Pada peringkat awal perkembangan kamera, jenis-jenis berikut telah diperkenalkan.

i.Ukuran Separuh:
Kamera jenis ini boleh merakam gambar sebanyak dua kali ganda dari jumlah filem. Setiap exposer filem hanya separuh digunakan. Jika filem yang digunakan 36 exposer anda akan perolehi sebanyak 72 exposer. Kamera jenis ini tiada lagi di pasaran.

ii. Ukuran Leica:
Kamera jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk negatif 24x56 mm. Shutter kamera jenis ini dibentuk dalam dua jenis; Shutter Lens dan Shutter Focal Plane.
Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR)

iii. Ukuran 6x6:
Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat dalam jenis Rengfinder Shutter Lens , Single Lens Reflex. Dalam kamera seumpama ini yang menggunakan jenis Twin Lens Reflex (TLR). Terdapat dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex (TLR) dan Single Lens Reflex (SLR). TLR ialah kamera dua lens yang mempunyai peranan masing-masing. Lens yang dibawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lens di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder. SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu Lens dan satu cermin pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.

Sejarah Fotografi

Kali ini adalah artikel tentang perkembangan seni fotografi yang dianggap sebagai media penting sam aada dalam bidang pendidikan atau komersial.
  • *Kamera Mammoth - 1900
    Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak boleh berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu amat penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila senifoto telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia senifoto. Senifoto tradisional masih dibenarkan berkembang bersama dengan perkembangan ledakan teknologi ICT. Senifoto tidak dapat dipisahkan dengan tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah dapat diterima dengan meluas namun senifoto menggunakan filem masih ada tempat dikalangan pengamal senifoto. Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potrek sekitar abad 17 dan 18.Justeru itu mereka telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam imej. Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar diatas). Kamera ini amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya. Abscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital.
  • Kamera jenama Kodak
    Diawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens Reflex). Walaubagaimanapun harganya mesih mahal dan tidak semua orang mampu memilikinya namun terdapat kamera digital yang menyerupai SLR boleh dibeli dengan harga agak murah.

Monday, April 20, 2009

MU wake up...

Semalam rasa frust jugak bila tengok favourite team Manchester United kalah penalti kepada Everton 4-2 di Wembley Stadium penentuan Final FA Cup. Rata-rata pemain-pemain yang diturunkan adalah pilihan kedua dalam pasukan. Jentera serangan yang tumpul aku rasa menyebabkan banyak peluang terbuang bergitu sahaja. Walaupun pemain muda iaitu Welback membuka banyak hantaran namun finishing terlalu lemah dan menghampakan. Ketiadaan Rooney, Ronaldo, dan pemain lain mengurangkan sengat MU malam tadi, kemungkinan juga ini adalah strategi Fergie untuk merehatkan mereka bagi pusingan separuh akhir UEFA menentang Arsenal nanti. Asakan 90 minit di atas padang Wembley melihat kemampuan dua pasukan yang setara dan kelebihan kepada MU kerana peluang yang dicipta gagal disempurnakan. Macheda tampak kurang menyerlah mungkin kerana pengalaman tetapi sekurang-kurang ini menunjukkan prestasi yang baik pada 2 perlawanan yang sudah. Permainan 90 minit ditambah 30 minit masa tambahan tidak cukup dan membawakan kepada penentuan penalti. Sedikit rasa kesal apabila tendangan penalti Berbatov seakan-akan lemah dan mudah ditampan oleh penjaga gol Everton, malang seterusnya disusuli kegagalan Ferdinand memalapkan peluang MU mencipta peluang kejuaraan lima gelaran. Daripada analisis yang aku buat untuk beberapa perlawanan MU yang terkemudian, perlu ada kesedaran dan semangat yang kuat untuk MU terus mencipta nama dan gelaran. United pastinya perlukan ketajaman skil dan minda dari jentera serangan serta kekentalan barisan pertahanan untuk memastikan MU terus berkuasa. Walau apa pun MU perlu terus berjuang untuk memastikan UEFA dan EPL berada ditangan mereka. Walaupun kecewa dengan kekalahan semalam...aku percaya MU akan bangkit...GLORY MU GLORY....I Believe The Man, But I Don't Believe Devil Inside The Man.......

Friday, April 17, 2009

DIY White Studio

Minggu ini adalah study leave bagi pelajar-pelajar, jadi adalah masa untuk masuk ke bengkel seni untuk lihat kalau-kalau ada perkara dan benda yang boleh dibuat. Maka, datanglah satu idea untuk membentuk satu mini white studio aku sendiri and purposely for product shoot.
  • Material : White Foam, Glue, Paint Spray and Cutter.
  • Procedure: 2 Speedlite, 2 Tripod, DSLR, 17-50mm f2.8, 50mm f1.8, diffuser, and product
  • Product: Still product (example; soft drink, figure, accessories, etc
  • Darkroom: Adobe Photoshop CS 3 (Minor colour correction)
Apabila semua settings telahpun dikenalpasti dan disiapkan, maka mulakan dengan pencarian cahaya yang betul supaya dapat menghasilkan kerja yang terbaik. Oleh itu inilah hasilnya...

Thursday, April 16, 2009

Artwork Sold

Bulan Mac lepas aku baru saja menyertai Pameran Seni Sepanjang Zaman IV di Galeri Shah Alam, Selangor. Ianya adalah sebahagian daripada agenda calender program ED222 di fakulti kami. Boleh dikatakan ianya adalah pameran ke-empat kami yang hasil kerjanya dihasilkan oleh pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah ED222.

Majlis Perasmian telah dihadiri oleh Dato' VC UiTM, VVIP, dekan-dekan, pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar, dan ramai lagi. Pameran ini berlangsung dengan meriah dengan kerjasama pelajar-pelajar yang banyak membantu. Ini juga adalah kali pertama aku menyertai pameran terbuka dan terbesar ini selain daripada menyertai pameran kecil sewaktu belajar dahulu. Sebagai langkah permulaan, inilah masanya untuk mempamerkan koleksi fotografi yang telah aku simpan selama 5 tahun bereksperimentasi dan menimba pengalaman melaluinya. Akhirnya, penampilan pertama aku membuahkan hasil setelah 3 artwork terjual pada hari pertama. Tiga artwork tersebut adalah hasil yang diambil daripada lawatan ke Sabah yang lepas dengan siri pemandangan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah.

Secara tidak langsung ini memberikan aku semangat untuk terus berkarya dan mendalami bidang fotografi ini. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memastikan hasil kerja yang lebih baik dari masa ke masa. Dahulu aku agak kurang berkeyakinan untuk mempamerkan hasil tersebut, namun sekarang aku yakin ini adalah platform terbaik untuk menyerlahkan bakat aku di bidang ini....wish me best of luck....

Wednesday, April 15, 2009

Say Hai...

Dah lama aku tak update blog ni semenjak pulang dari Langkawi dan Sabah yang lepas. Jadual harian yang padat dan sibuk dgn kerja yang ada sampai tak sempat utk ambil peluang updated cerita terkini aku. Sekarang ini kebanyakan gambar dan eksperimen fotografi selalunya di update melalui flickr. Insya allah dalam minggu yg agak lapang ini adalah beberapa perkara yang dapat dikongsi bersama....enjoice.