Monday, December 15, 2008

Utara Selatan 1

Di bahagian pertama, pengalaman dan perjalanan dari utara ke selatan selama 5 hari 4 malam, 1480 kilometer, 15 jam perjalanan dari KL-Penang-JB cukup memenatkan dan meletihkan. Dengan cuaca panas dan hujan benar-benar mencabar tugasan aku kali ini. Tugasan yang pertama perlu aku selesaikan ialah sebagai jurufoto rasmi perkahwinan kawan baik aku di Kamunting, Taiping Perak. Walaupun terdapat pelbagai kesulitan untuk ke sana kerana atas dasar janji dan setiakawan segalanya dapat diatasi. Pengalaman 3 hari di Taiping sememangnya tugas yang mencabar, perjalanan juga mengambil kira beberapa lokasi seperti Kuala Kangsar, Parit melengkapkan penjelajahan aku di setiap pelusuk daerah di negeri Perak. Kebanyakan lokasi tugasan biasanya di Perak, KENAPA? itu aku pun tidak pasti. Tetapi di Perak memang terdapat banyak tempat yang menarik.

Tugasan kali dijadualkan sangat ketat dengan pelbagai aturcara baik dari akad nikah, majlis persandingan, acara potong kek hinggalah kepada membuka hadiah. Walaupun penat tetapi aku dapat belajar seni dan budaya mereka pada masa yang sama berkongsi cerita dan ini membuatkan kita lebih berpengetahuan dan pengalaman. Biasanya perkara-perkara begini yang sukar untuk diceritakan hanya pengalaman dapat mengambarkan situasi tersebut. Setiap negeri dan entiti masyarakat mempunyai pengaruh adat resam dan pegangan yang walaupun berbeza tetapi motif dan objektifnya tetap sama. Adakala aku perhatikan kemaufakatan, kerjasama, budaya gotong-royong begitu kuat dikalangan penduduk kampung. Mereka bagai jemaah-jemaah yang berdiri di barisan saf yang menuju satu tujuan yang sama.

10th December

Pada akhir tahun 2008 menjelang ke tahun baru 2009 akan datang ini terdapat pelbagai cerita suka duka yang dilalui. Kadang-kadang dikala cerita suka datang bersilih ganti cerita sedih akan menyelinap di setiap keceriaan yang kita lalui. Pengalaman tersebut adalah perkara paling berharga untuk aku lebih menyayangi insan yang tercinta. Pengorbanan yang dilalui oleh seorang wanita bernama isteri bukan sesuatu yang boleh ditafsir atau diungkap dengan kata-kata. Ianya terlalu sukar untuk dinilai kerana kesetiaan dan pengorbanan sukar ditandingi. Baru sekarang aku percaya dan sedar bahawa wanita dimartabatkan statusnya atas dasar keistimewaan itu. Kepada isteri yang tersayang semoga tabah menempuhi dugaan yang dilalui dan saya akan sentiasa berada di sisi.

Tuesday, December 9, 2008

Makam Hang Tuah

Perjalanan ke Ayer Molek dari Bandar Melaka dalam 55 batu dipertengahannya kami singgah ke makam Hang Tuah, jadi saya singgah sebentar untuk melihat makamnya. Sejarah kepahlawanan Hang Tuah memang cukup sinonim dengan negeri Melaka. Beliau juga dikatakan sempat berkhidmat di bawah 3 sultan dan dikatakan Tanjung Keling adalah tempat persemadiannya. Namun begitu terdapat banyak anggapan dan tanggapan ke mana perginya Hang Tuah, ada juga yang mengatakan beliau menghilangkan diri bersama keris Taming Sari...apa pun satu pegangan yang diturunkan kepada kita iaitu "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"....bersama lah kita berusaha ke arah itu...

Last Day

Sebelum bertolak ke Ayer Molek, saya dan Nad check-out room and have a breakfast. Sambil-sambil menunggu tu sempatlah candid beberapa gambar sebelum meninggalkan bandar Melaka....

Umbai

Pada sebelah malam kami di Melaka, makanan laut adalah sasaran kedua kami dan lokasinya di restoran terapung makan laut Umbai. Selalunya kami pergi ke Umbai lama, Serkam atau Pernu tapi kali ini saja cuba-cuba di restoran terapung. Disebabkan dah lama takpergi, hampir sejam jugalah hendak ke sana, berpusing-pusing di bandar Melaka hampir 3x dengan sesaknya, mencari jalan keluar entah mana-mana jalan pun tak tahu pasal dah malam...akhirnya sampai di Umbai dalam 8.30 malam. Seronok jugak dapat makan makanan laut yang fresh dan harga pun reasonable lah, kami punya order macam makan 4 orang..hehehehe. Yang paling best bila balik xsampai 20 minit......


Trip Sr.3

Photoshot seterusnya di Jalan Kota, kawasan ini memang tempat paling ramai orang sebab ada gerai jualan kraf tangan disekitarnya. Waktu ini cuaca agak panas terik dengan bersandangkan begpack memanglah memenatkan. Ini adalah sebahagian koleksi yang boleh dikongsi bersama untuk tatapan.

Trip Sr.2

Berada di Melaka saya dah sasarkan beberapa tempat untuk photoshot, bandar Melaka ini bukan first time shooting dah kira selalu. Tapi photoshot kali ini hendak dikaitkan dengan sejarah, budaya, sosial dan ekonomi. Trip ke Melaka kali ini selain dari jalan-jalan cari makan, pergi wedding kawan terselitlah assignment yang perlu saya buat untuk satu kajian. Seronok juga tengok abang-abang penarik beca yang mengayuh beca dari pagi sehingga ke tengah malam untuk menghiburkan dan memberikan pengalaman menaiki beca di bandar bersejarah itu. Mereka juga adalah di antara kelompok tumpuan yang menghidupkan suasana ditengah-tengah bandar Melaka.

Trip Sr.1

Seminggu sebelum raya kami telah bercadang untuk bercuti di Melaka, kebetulan kawan baik Nad pun akan melangsungkan perkahwinan di sana "Ini kira sambil menyelam minum air". Pada masa yang sama Nad pun dah lama lama ajak hendak ke Bandar Hilir pekena Asam Pedas. Jadi kami plan bermalam di salah sebuah hotel di tengah-tengah Bandar Hilir. Pada hari pertama, kami sampai dalam tengahari juga sebab kebetulan cuti sekolah, bandar Melaka memang ramai orang ada yang hendak ke Zoo Melaka, Taman Buaya, Bandar Hilir dan sebagainya. Pada kami yang penting matlamat hendak makan asam pedas tercapai..hehehe..kelakar jer bunyi macam kat KL takder lak..saya ini boleh kira kuat berjalan, seronok juga bawa Nad jalan sambil-sambil test performance lens baru....